....Hari-hari hari Ibu...



Sempena minggu ini yang mana menjelangnya hari ibu ahad ini, pena blogku ku mengajak untuk menulis tentang jasa bonda ibuku sendiri. Ibu ku yang menjadi CONTOH ibu seumur hidup ku. Ku akan mulakan dengan memperkenalkan ibu ku dahulu. Nama mak, Harisun Binti Yahaya, asalnya Manong Perak, anak yang ke 3 daripada 3 adik beradik kandung, anak ke 13 daripada 13 adik beradik tiri. ( Datuk ku berkahwin 3 ) opah kandung ku madu yang ke-2 tetapi kini Atuk dan Opah ku semua telah tiada , hanya yang tinggal opah di sebelah Abah ( Mohd Isa Bin Mohd Daud ), Umur mak kini 51 tahun, berkahwin ketika berusia 21 tahun ( muda, cantik waktu tu macam model )…hehehe..dan hasil perkahwinan dikurniakan 7 orang anak yang soleh dan solehah dan pandai berjasa pada ke dua orang tua Alhamdulillah..InsyaAllah berkekalan, 4 Ninja's 3 princes yang selalu bergaduh pada waktu kecil. Aku princes pertama dalam keluarga, yang selalu jadi mangsa kegarangan dan kemarahan Ninja pertama ( abang first ) tapi di pertahankan oleh ninja kedua ( abang second )..Yang paling ditakuti queen mama!!! Hah sekali mengaum lari lintang pukang , 1 kesalahan buat, sure semua orang kena pukul sekali ( lari satu kampung takut kena pukul),tiada pilih kasih masa kami semua kecik..itulah serba sedikit mak aku, befday mak aku 02.07.1957. ( tahun merdeka ).

Istimewanya didikan Mak

Istimewanya mak aku ini dari segi didikan beliau adalah sangat tegas mendidik kami dengan pelajaran agama Islam dan Matematik dan suka membebel masuk semua hadith2 dan ayat quran dan sangat garang. Bagiku bising je mak ni, kalau membebel 1 jam, 2 jam belum tentu berhenti, penat kitorang kena dengar, kadang2 sampai tertidur-tidur. Mak selalu cerita cita-citanya ingin menjadi ustazah ketika masa muda2 tetapi disebabkan masalah kewangan cita2 terpaksa di simpan dengan mengajar anak-anaknya dengan pendidikan islam. Mengaji quran wajib khatam waktu sekolah rendah lagi, aku berjaya mendahului abang2 ku ketika darjah 2 lagi.Waktu mak mengajar kami mengaji quran, rotan pasti disebelahnya, silap sikit bacaan satu roti panjang tu akan naik ke badan, fuh!! berbekas, kalau tidak rotan, tali pinggang abah yang besar tu,, takut kalau tengok ( kadang-kadang kitorang sorok tali pinggang tu supaya mak x dapat pukul guna tali pinggang, sakit gilerrr ), selipar wudhuk pun pernah kena jugak …tu la kalau mengaji itu kena betul-betul , jangan main-mainkan ayat quran…( lafaz yang tersemat dalam fikiran hingga kini ) , ketika dipukul tu tidak berani nak melawan atau merajuk nanti kena lagi teruk, biarlah badan kena waktu tu je dan yang uniknya mak sempat lagi berdoa waktu pukul tu, “ pergi kamu jauh-jauh, jangan menganggu waktu orang waktu ni“ sebenarnya kata-kata tu menghalau syaitan yang mengacau waktu tengah mengaji dan menyebabkan kitorang malas, gelap hati, lambat ikut, x dengar cakap , lepas kena pukul baru boleh mengaji dengan lancar…dahsyatnya kitorang kena didik untuk mengaji je, kalau belajar matematik pula selalu kena cubit dan makan penampar di bahu sebab kira campur , tolak pun lembap!!

Mak adalah cikgu pertama kami yang mengajar kami kenal ABC, alif ba ta, bukan cikgu di sekolah, sebab kami semua 6 beradik tidak mahu pergi tadika termasuk sekolah PASTI, benci sekolah tadika!!! Kami semua terus masuk darjah 1, yang mana juah lebih pandai daripada kawan-kawan lain yang pergi tadika dulu…haha.. Yang bestnye kalau kitorang buat salah atau terlanggar arahan dan peraturan Mak esp. kalau suruh study , x nak study,,,”pergi ambil quran mengaji sampai khatam” itu arahan terbaru yang diberikan. Dengan arahan baru tu kena buat kalau tidak ada dua choice, nk dengar syarahan atau pukul..Apalagi, masing-masing melompat bangun ambil wudhuk terus capai quran. Masa tu dirumah tiada television so kami adik-beradik pandai dalam semua pelajaran dan kalau ujian pendidikan Islam sentiasa dapat A. Susah nya mak didik kami dengan Agama islam sejak kecil, kadang-kadang mak yang sakit akibat pukul-pukul kami 7 orang supaya celik agama, supaya kami tidak menjadi seperti anak orang lain yang celik mata melawan mak bapak.

Didikan agama yang mak tanamkan dalam diri kami sejak kecil membanggakan mak ketika ini, kerana anak-anaknya berakhlak bagus, pandai membezakan dosa, pahala dan anak-anaknya juga banyak terpilih menjadi wakil disekolah atau kampung untuk mengetuai bacaan tahlil, yasiin, imam, perubatan islam, pertandingan tilawah, hafazan dan macam-macam lagi. Yang paling membanggakan mak , anak lelaki nombor 5 nya( kini form 4, seorang yang pemalu dan pendiam ) mendapat anugerah pelajar berbudi pekerti terbaik sekolah 3 tahun berturut-turut. Itu hasil didikan mak peringkat awal pada kami, apabila melihat sijil dan piala yang kami perolehi semua hasil didikan mak kami yang disayangi.

Dengan ucapan teriam kasih, tidak mencukupi untuk membalas jasa itu ,tetapi apabila ditanya mak inginkan apa daripada kami adalah hanya doa kebaikan kami adik beradik sebagai anak untuknya.. menitis airmata aku hanya itu yang di pinta dengan didikan yang cukup sempurna buat kami semua.. Mak !!!Jasa dan pengorbanan didikanmu sangat berharga..terima kasih mak…

0 comments:

Design by Blogger Templates