JIRAN KITA, SEAGAMA KITA, SEBANGSA DENGAN KITA....ADAKAH ANDA PEDULI I MEREKA?



Ini kejadian terbaru 2009 tentera thai membunuh jemaah yang sedang solat zohor di masjid Al - furqan di pattani yang mana majoritinya 80% adalah Orang melayu Islam yang menuntut pembelaan dari umat Islam dan saudara-saudara seluruh malaysiaserta Asia malah sedunia,,terutamanya daripada pihak OIC, tetapi hanya rintihan dan kehampaan yang kembali mereka terima setelah mesyuarat OOOOOO....iiiiiiiiiiii.....cccccccccc....

Ini rintihan mereka duhai kerajaan terhormat Malaysia...( paling dekat dengan mereka ), hulurkan tangan ringankan bebanan walaupun sedikit tetapi impaknya sangat besar,duhai Tok "N"

Sudah berapa banyak pejuang-pejuang kami yang ditangkap oleh Polis Malaysia kemudian diserah kapada polis Thai hanya untuk terus dibunuh.Yang lebih menarik lagi ada orang-orang kami yang tidak diizin tanam ditanah perkuboran bila meninggal dunia.

Saudara kongkolou merujuk kapada Palestin dan Moro yang sudah memulakan perundingan damai.Harus dingatkan perbezaan perjuangan Palestin,Moro dengan Patani adalah mereka(Palestin) disokong dan dibantu oleh seluruh Negara-negara Arab dan Negara-negara Islam!!! Mereka tak pernah bersendirian. Begitu juga Moro(mereka yang telah dibantu oleh Tun Mustapha yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama satu hari !!)ada godfather.Tapi kami yang mempunyai saudara mara lebih dari 250 juta ummah di nusantara tak dapat di pasti dipihak mana mereka akan berada!!!.


Ini adalah senarai-senarai kekejaman yang telah dilakukan oleh kerajaan Thai terhadap umat Islam di sebelah kita

1) Penembakan terhadap beberapa buah masjid dan musolla yang mana jemaahnya sedang solat akhirnya syahid. Gerisik 2004, Al furqan 2009

2) Penembakan terhadap orang-orang kampung yang tidak bersalah.

3) Penembakan tempat-tempat belajar agama, sekolah dan pondok.

4) Penangkapan terhadap anak-anak muda lelaki dan perempuan.

5) Pemerkosaan/rogol terhadap anak-anak muda Melayu Islam.

6) Dan lain-lain.

Peristiwa seperti ini bukan berlaku hanya sekali sahaja bahkan berulang-ulang kali seperti yang baru-baru ini berlaku :-
di sebuah Kampung Basar lapan (Sepung) daerah Jaha p
ada jam 2:00 petang
tanggal 22-05-2007,

satu pasukan tahan peran masuk melalui Kampung Lending daerah Jaha. Setelah sampai jam 5:30 petang, pasukan tersebut menuju ke sebuah kampung kecil yang bernama Basar Lapan dan terus memasuki sebuah rumah orang kampung, kemudian menembak kepala keluarga di dalam rumah tersebut. Sedangkan salah seorang anak perempuan dapat menyelamatkan diri, namun yang satu lagi ditangkap dengan tidak ada perikemanusiaan lagi, tahan peran yang berjiwa binatang itu merogol dan membunuh sampai mati. Bukti dari kekejaman itu dapat dilihat dari keadaan mayat yang mana wajah dan bahagian lehernya biru dan lebam. Di bahagian belakang terdapat bekas luka-luka banyak sekali, seluar dalam ditarik sampai ke hujung kaki.Namun si isteri (ibu) apabila melihat kejadian tersebut melarikan diri menuju ke rumah adik perempuannya . Ketika itu didapati hujan sangat lebat, setelah ia membuka pintu rumah dengan tidak sangka didapati satu pasukan lagi sedang menembak terhadap dua anak saudara yang berada di situ. Dia pun langsung pengsan bersama dengan adik perempuan itu. Kemudian pasukan tersebut mengambil kain selimut menutup ke atas mereka berempat serta membakar. Namun dengan izin Allah S.W.T. api hanya menyala sebahagian sahaja. Sebelum pasukan tersebut mengundurkan diri dari tempat itu mereka melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah yang lain secara membabi buta.Tindakan biadab seperti ini sangat menikam hati umat Islam di merata tempat. Bagaimanakah jika peristiwa ini berlaku terhadap keluarga kita sendiri.

mereka hanya berharap kepada tokoh-tokoh agama seperti tok imam, tok guru, ustaz dan sebagainya dengan ikhlas hati mengajak makmumnya melakukan solat hajat pada setiap hari sehingga umat Islam terselamat daripada tindakan yang sangat ganas ini.

suara hati rakyat menderita duhai one Malaysia...Ini saudara kita yang paling dekat malah bersempadan dengan MALAYSIA berbanding saudara di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan serta negara-negara lain lagi...

Bagi mereka yang merasa orang Islam bantulah mereka dari pelbagai segi, kewangan, pakaian, doa, dan yang penting pemerintah Malaysia dan kabinet-kabinet terhormat Malaysia lakukanlah sesuatu tindakan yang berkembang untuk mereka..


Wallahua'lam...

0 comments:

Design by Blogger Templates