TABARRUJ


TABARRUJ

Muqaddimah


Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi ‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”


Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj).


Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”


Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang bermaksud: “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya” (al-Nur: 31)


bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t.


Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak.


Awas! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud: “Janganlah menampakkan perhiasan” (al-Nur: 31).


Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya.


Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakan TABARRUJ!.


Ada pula dikalangan wanita yang bertudung, disamping tudung ini diletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala rambutnya yang di bahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung, dan terjuntai menutupi sebahagian dahi dan lesung pipitnya. Andainya angin bayu meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.

JOM BERHIBUR CARA ISLAM

4 kawan baik sedang makan tengahari bersama, tersetus satu perbualan berkenaan fiesta rentak muzik yang bakal dianjurkan oleh satu badan pihak kerajaan dalam masa terdekat.


4 rakan tu ada seorang yang alim dan beramal dengan ilmu, seorang lagi yang tidak suka berfoya-foya, 2 orang yang biasa – biasa seperti kawan-kawan lain yang hidup lebih kepada ikut sahaja.


Mereka ialah


SO RIE ( j.j )

KA RIE ( ciku )

MA RIE ( becu )

LA RIE.....HEHEHE ( rani )


KA RIE : korang tahu x 2 hari lagi kat tempat kita nanti ada fiesta?

LA RIE : fiesta ape?

KA RIE : fiesta rentak muzik, sesiapa yang minat muzik boleh join ikln tu cakap

semua menggeleng x berminat...hahaha

MA RIE : Tempat kita selalu anjur pogram macam ni, sporting sangat dan tiap kalo program yang dianjurkan semua berbentuk sia-sia

KA RIE : MA RIE, aku sokong kata ko, sebelum ni pertandingan karaoke pun ada, band pun ada, berhari-hari pulak, pandangan aku bukan x boleh buat hiburan macam tu tp ikut garisan panduan hiburan secara Islam kan best lagi manfaat, bukan untuk orang melayu je tp untuk sape2 je.

SO RIE : ( patut selalu minta maaf, nama pun so rie..keh,keh ) EH ..aku setuju sama ko KA RIE,, tp bagitau sikit aku macam mana mao buat iburan ikut panduan ISLAM aaa??

KA RIE : owh...itu beres aja SO RIE...hahaha..macam nie

.......................................

( itulah sekadar dialog mereka dan jom ikutilah keterangan KA RIE y alim dan berilmu tu )


GARIS PANDUAN

Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;


a) Program Hiburan

i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.

ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.

iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.

iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.

v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.

vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.


b) Persembahan Muzik

i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.

ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.

iii. Tidak melalaikan.


c) Lirik

i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.

ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.

iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.

iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.

v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.

vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.

vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.

viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.


d) Persembahan Artis

i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.

ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.

iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.


e) Persembahan Tarian

i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.

iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.

v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.


f) Tanggungjawab Penganjur

Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan.


5. Kesimpulan

Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam.


RUJUKAN

1. Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizaratul Auqaf Wa al- Syu’un al-Islamiah,Cetakan Pertama, 1995, Kuwait.

2. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

3. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994.

4. Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.

5. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.

6. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981.

7. Garis Panduan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.


[1] Sesuatu perbuatan yang haram (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)

[2] Cubaan, gangguan, hasutan dan kekacauan (Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran)

[3] Perkataan dan sebagainya yang tidak mendatangkan hasil serta tidak memberi faedah dan manfaat . (Mausu’ah al-Fiqhiyyah)

LUAR BIASA


Pernah tidak kita terfikir untuk menyambut tahun baru besar-besaran yang luar biasa?tetapi bagaimana?

Baru-baru ini falak telah mengeluarkan berita nya, mengatakan gerhana bulan akan berlaku awal tahun 2010, di mana kejadian ini semua hamba allah seluruh dunia dapat menyaksikan kejadian yang penuh dengan hikmah yang tersembunyi.
Berita falak online malaysia....Pada awal pagi 1Jan 2010 ini, Bulan akan mengalami proses gerhana sekali lagi. Kali ini ia merupakan gerhana bulan separa sahaja. Kemuncaknya akan berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia.

Sebanyak 8 peratus daripada Bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana Bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.

Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuhn. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!

Seperti biasa laman web http://shadowandsubstance.com/ telah menyediakan animasi gerhana seperti tertera di sebelah.
....................

Disini bukan tujuan saya untuk memburukkan sesiapa, tetapi hakikat INI LAH MALAYSIA setelah 50 tahun merdeka bebas dari penjajah, tetapi jiwa dan etika hidup rakyat kini ibarat selumbar yang tertusuk dalam daging, tanpa disedari merasa sakit dan akhirnya menjadi nanah yang busuk.

Fenomena malaysia utamanya disekitar ibu Negara, pelbagai peringkat umur merancang program tersendiri untuk menyambut tahun baru mereka, dalam masa yang sama juga tidak terlepas akar tunjang negara Malaysia iaitu kerajaan sendiri menyokong dan membantu segala usaha – usaha masyarakat sekitar ibu negara untuk menyambut tahun baru yang mana rata-rata program yang dianjurkan berbentuk ke arah maksiat. Antara yang menyedihkan adalah

Beberapa jalan di KL ditutup untuk sambutan tahun baru...perlu ke tutup semata-mata sambut tahun baru dengan menunggu detik 12 malam bunga api dibakar dan hambur ke langit. itu sahaja sehingga jalan kena tutup,tidak kah menjejaskan perniagaan di sekitar kawasan berkenaan walaupun ia bermula waktu malam?

KUALA LUMPUR : Beberapa jalan raya di sekitar bandaraya akan ditutup pada 31 Disember ini bersempena sambutan ambang tahun baru 2010 yang akan diadakan di beberapa lokasi termasuk di Dataran Merdeka dan Bukit Bintang. Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor dalam satu kenyataan semalam berkata jalan-jalan yang akan ditutup ialah bermula dari lampu isyarat Jalan Hishamudin/Jalan Raja, hingga lampu isyarat Jalan Raja/Jalan Tuanku Abdul Rahman mulai jam 7 malam (31 Disember) sehingga acara sambutan selesai untuk sambutan di Dataran Merdeka. “Bagi sambutan di Bukit Bintang jalan yang ditutup bermula dari lampu isyarat Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail menghala ke lampu isyarat Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang mulai jam 1 pagi (31 Disember) hingga jam 6 pagi (1 Januari 2010),” katanya. Rusli berkata, laluan di sekitar Kuala Lumpur juga dijangka akan ditutup secara berperingkat-peringkat. - Bernama

Khidmat LRT dilanjut hingga 3 pagi..kenapa tidak hingga pukul 6 pagi sahaja ? boleh memudahkan rakyat pergi solat subuh atau berqiamullail di masjid jamek..hmm

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan tahun baru 2010 yang akan disambut pada Khamis malam, operasi dan perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT), KL Monorel serta bas RapidKL di beberapa stesen terpilih akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi hingga jam 3 pagi. Menurut kenyataan Syarikat Prasarana Negara Bhd, laluan LRT Kelana Jaya bagi stesen Kelana Jaya, Bangsar, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kg Baru, KLCC dan Ampang Park akan dilanjut sehingga jam 2 pagi manakala stesen lain akan tamat pada jam 12.45 tengah malam. “Bagi LRT laluan Ampang stesen yang akan dibuka sehingga jam 2 pagi ialah Hang Tuah, Masjid Jamek dan Bandaraya manakala di stesen lain akan tamat pada jam 12.45 malam, manakala perkhidmatan KL Monorel di semua stesen, perkhidmatan ditamatkan pada jam 3 pagi,” kata kenyataan itu. Sementara itu, operasi bas RapidKL terakhir sekitar jam 12 tengah malam, 12.45 tengah malam serta 2 pagi.

Pada hemah anda adakah ia patut dan releven?
Anda pikir la sendiri, suara rakyat didahulukan


Mengikut kajian kes yang telah dilakukan sesetengah pihak mendapati terdapat pelbagai bencana berlaku sepanjang 2009, antaranya adalah gempa bumi, ombak besar, stadium runtuh, kemalangan jalan raya tragis, pembunuhan kejam serta peningkatan statistik pembuangan bayi, penagih dadah, semua nya dikalangan orang melayu yang mana majoritinya adalah berbangsa islam.. Adakah moral ini akan diteruskan lagi untuk menyambut 2010?? sekiranya awalnya disambut dengan program atau majlis yang melekakan serta melaghokan, kesannya bukan kerosakan akhlak sahaja malah lebih daripada itu...

Dimana pemimpin negara kita yang berjiwa islam? MALAYSIA negara Islam, adakah itu hanya sekadar laungan bukan tindakan untuk membawa roh islam itu kedalam jiwa rakyat, saya sangat bersetuju jika pemimpin tertinggi negara mengubah slogan 1malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan yang banyak memfokuskan kepada rakyat tetapi apa yang diberikan kepada rakyat? Hanya slogan sahaja ke atau maksudnya sahaja atau bla..bla..bla? tukar kepada allah didahulukan, iman dan taqwa diutamakan..Sejarah nabi membina negara islam di Madinah bukan kah begitu? walaupun pelbagai kaum.
Ini saranan saya kepada seluruh rakyat dunia bangunlah dari tidur yang panjang mencari hikmah kejadian alam sekeliling untuk kita dan seluruh ummat bumi sejagat..saya tinggalkan anda dengan hadis dibawah yang terang lagi jelas maksud saranan yang harus dilakukan oleh pemimpin negara kita

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)
wallahua'lam

TETAMU BERKUNJUNG LAGI

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah harini saya berkesempatan untuk meng up date blog, setelah seminggu bercuti untuk memberi laluan kepada refreshing ilmu bagi penyediaan test 1 yang berlangsung selama satu minggu. InsyaALLAH moga ia mendapat keberkatan daripada ALLAH atas segala usaha yang digembeleng diiring doa.



ALHAMDULILLAH atas ni'mat Allah yang maha pemurah, mengasihi lagi mengasihani juga asma' NYA memberikan kita bersama-sama berpeluang menjadi tetamu Ramadhan 1430 H ini. Moga kita semua mendapat keredhaan dan keberkatan di atas bulam yang dikurniakan kepada hamba-hamba yang dipilihnya untuk menjalankan ibadah puasa. Ramadhan bulan untuk mengumpul kekayaan untuk berada disisiNYA nanti. InsyaALLAH..

Buat pengunjung blog semua, saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada NYA, moga diterima segala amalan , taubat dan doa hamba-hambanya yang diciptakannya...sahabat-sahabat anggaplah ini adalah puasa terakhir kita, mungkin next year kita belum tentu berkeizinan bertemunya lagi dan merasai ni'mat bulan penuh barakah ini.

Wallahua'lam

SELAMAT PENDEK UMUR

Alhamdulillah, syukur atas ni'mat iman dan islam yang masih ALLAH kurniakan sehingga hari ini


Sempena bulan ogos ini saya ingin mengucapkan Selamat hari lahir kepada ahli keluarga, sanak saudara, teman-teman yang paling ramai lahir pada bulan ini di dalam kalender saya...Kepada ahli keluarga abang sulung mohd Badrulhisham mohd Isa 27 ogos ,Adik ke enam Mohd fadhil Bin mohd isa 14 ogos, kakak sepupu zalina abdul karim 14 ogos, anak saudara Nur nadiah bt shahril 4 ogos, sahabiah upm kak arah 10 ogos, sahabat seusrah fatin 14 ogos, anak buah syaima' amani binti syaila 17 ogos, sahabat bintulu Umi Alwani munawer 30 ogos, izzuddin islmail 17 ogos dan hafeez akmal 20 ogos

Dan mungkin ada yang ramai lagi tetapi sekadar mengembirakan hati orang kita ingati tarikh lahirnya...


Saya mendoakan kalian semua, dalam keadaan sentiasa dekat dengan ALLAH dan diberkatinya selalu...

UMUR TIDAK KEKAL DAN
MATI ITU PASTI


Wallahua'lam

KELAKUAN APAKAH INI ???

Sebelum lihat cerita seterusnya inzar buat kamu dulu...ayuh...

Segala puji dan syukur ke hadrat ilahi dan sollawatu wassalam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam. Alhamdulillah syukur sesungguhnya kita dapat lagi ni’mat Iman dan Islam pada hari ini, saat ini anda bernafas dengan ni'mat kurniaan Allah SWT..sebelum meneruskan lagi pembacaan kita bersama marilah kita hayati inzar daripada saya dan cuba amalkan sebaik mungkin di dalam kehidupan kita, agar mudah-mudahan Allah memberkati segala genap apa yang kita lakukan ..InsyaALLAH.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda innamal alubinniat.( hadith 40) Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Ayuh sama-sama kita perbetulkan niat pada awal tadi mungkin dah berniat tetapi bukan kerana Allah, mungkin ada yang terlupa berniat lillahi atau mungkin ada yang secara suka-suka tertekan address page ini atau sebagainya, marilah sama-sama untuk perbetulkan niat kita agar hati diikhlaskan

hati untuk mencari keredhaan Allah semata-mata dalam apa jua pekerjaan yang hendak dilakukan

Wallahualam..

KELAKUAN APA NI ???

SECTION A : Pelajar Melayu

Siapa yang mahu masuk tarian sempena kemerdekaan ini? Tanya cikgu azmin kepada murid di dalam kelas pada satu hari

Saya halimah cikgu!, saya awin cikgu!, saya ikin cikgu! Saya, siti nur haliza cikgu! Saya Erra nur fazira cikgu! Saya Anita perak cikgu! Saya, saya, saya dan saya!!!! Semua pelajar perempuan melayu mengangkat tangan mahu menyertai.

Wahbukan main seronok lagi cikgu Azmin mendapat galakkan untuk persembahan tarian itu

Hummmlelaki??pelajar perempuan India?cina?iban?kadazan?dusun?...semua sibuk dengan kerja sendiri langsung tidak berminat sehinggalah cikgu Azmin bertanya..mengapa awak yang selebih ini tidak berebut-rebut mahu sertai persembahan ini.. ???

Dalam suara senyap kelas itu, satu suara dialek hokkein ( cina ) Saya MALU! Cikgu

……………..tamat……………

Renungan pengajaran dan iktibar ummat akhir zaman ini

Saya ingin bawa kepada anda para pembaca untuk merenung-renugkan dan mengambil iktibar daripada sebuah hadith : Bersabda Nabi

Jika ALLAH inginkan menghancurkan suatu kaum, maka di cabutlah dari mereka rasa malu. Apabila rasa malu telah hilang maka yang timbul adalah sikap keras hati. Apabila sikap keras hati itu membudaya, maka Allah akan cabut dari mereka sifat Amanah dan tanggungjawab. Apabila sikap amanah telah lenyap maka muncul adalah pengkhianat. Apabila para pengkhianat bermaharajalela maka Allah akan tampilkan manusia-manusia terkutuk. Apabila manusia terkutuk telah berkuasa maka akan tercabutlah dari hadapan mereka tali-tali islam

( Riwayat Ibnu Majah )

Mutakhir ini,,

Malu telah hilang dalam diri seorang wanita = cth kejadian :-Tidak endah nasihat dan pesanan Mak Ayah, larikan diri dari rumah, lebih suka dengar cakap boyfriend yang baru kenal 2, 3 hari, Aurat atau urat dah tidak peduli mana yang patut ditutup dan mana yang patut di dedah, pil ectasy ubat paling mujarab, Arak menjadi kebanggaan untuk diteguk, menari dalam keadaan tidak sedar, keluar dengan lelaki sesuka hati tanpa batasan dan banyak lagi.

Sifat Amanah yang telah hilang = cth kejadian :- Anak yang comel dan tidak bersalah dibuang macam sampah yang dibuang kedalam tong sampah, Solat tidak dipedulikan lagi, ada yang x solat langsung pun telah wujud malah hingga solat 6x sehari pun ada, Isteri dan anak2 sanggupdidera, dirogol, dibunuh. Orang tua dibiar dirumah rang tua. Anak2 terabai dengan masalah

gejala social dan macam2 lagi




Pengkhianat yang telah wujud = cth kejadian..Rasuah berleluasa, bukan

diperingkat orang atasan tetapi pelajar juga turut terlibat, Ah long mengganas, Tonto , Perompak kejam dan ganas dan macam-macam lagi Manusia manusia terkutuk = cth kejadian :- culik, rogol, bunuh, baker, bunuh diri, penipu wang rakyat dan perompak-perompak maruah seorang manusia, penderaan dan macam-macam lagi

Adakah lagi tali-tali Islam dalam masyarakat kita hari ini sahabat-sahabat sekalian? Tanya dan jawab dalam diri pembaca sekalian..Jalan terba ik untuk semua ini adalah kembali semula kepada islam, penyelesai semua masalah, justeru itu saya dengan rendah diri mengajak saudara saudari sekalian, untuk sama-sama teguhkan ikatan perhubungan kita dengan pencipta bermula dengan orakan langkah diri kalian semua, tebalkan lapisan ketaqwaan dalam hati dan jiwa, bagaimana orang bertaqwa itu? ( nanti kan penulisan saya yang seterusnya insyaALLAH ) dan yang paling manis untuk saya ajak saudara saudari sekalian adalah ayuh kita khusyukkan solat 5 waktu kita, dengan penuh rasa keinsafan dan rendah diri hina menjadi seorang manusia di dunia yang ibaratnya adalah daging kambing yang busuk sahaja.

InsyaALLAH, perkongsian kali mendapat redha ilahi dan manfaatnya untuk saudara saudari sekalian yang saya sayangi lillah i taala...

Bersama kita lihat gambar-gambar yang saya kumpulkan akibat hilangnya rasa malu, amanah se

orang manusia samaada lelaki mahupun perempuan


Design by Blogger Templates