DIAM!!!!



HIKMAH BERDIAM DIRI


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.



Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.


Hikmah DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib


Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud
:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )


Madah Dari Hukama
:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

DOA TETAP PENDIRIAN



MOGA KITA DITEGUHKAN BERADA DI JALAN ALLAH, DITEGUHKAN HATI MENEGAKKAN ISLAM

Talkshow di SHAH ALAM




Assalammualaikum & Selamat Hari Ibu...

Talkshow Nisa Hari Ibu - SETITIS AIR MATA IBU bakal menemui anda insyaAllah pada hari Ahad ini, 17 Mei 2009 di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Shah Alam) Selangor.

Pendaftaran dibuka pada jam 8.30pg. 100 peserta terawal akan menerima cenderahati Stiker kereta Nisa. Penyertaan adalah PERCUMA.

Apa yang menarik ialah kami menampilkan 2 orang tokoh yang pakar dalam bidang masing-masing bagi mengupas tajuk bicara kita kali ini.

Dijemput kepada seluruh warga Shah Alam khususnya dan rakyat Malaysia amnya ke program ini.

Sebar-sebarkan.

Maklumat lanjut sila hubungi: Afiqah 013-528 0385 dan Syuhada 019-991 2151 InsyaAllah jumpa di sana

Daripada nisa_team

....Hari-hari hari Ibu...



Sempena minggu ini yang mana menjelangnya hari ibu ahad ini, pena blogku ku mengajak untuk menulis tentang jasa bonda ibuku sendiri. Ibu ku yang menjadi CONTOH ibu seumur hidup ku. Ku akan mulakan dengan memperkenalkan ibu ku dahulu. Nama mak, Harisun Binti Yahaya, asalnya Manong Perak, anak yang ke 3 daripada 3 adik beradik kandung, anak ke 13 daripada 13 adik beradik tiri. ( Datuk ku berkahwin 3 ) opah kandung ku madu yang ke-2 tetapi kini Atuk dan Opah ku semua telah tiada , hanya yang tinggal opah di sebelah Abah ( Mohd Isa Bin Mohd Daud ), Umur mak kini 51 tahun, berkahwin ketika berusia 21 tahun ( muda, cantik waktu tu macam model )…hehehe..dan hasil perkahwinan dikurniakan 7 orang anak yang soleh dan solehah dan pandai berjasa pada ke dua orang tua Alhamdulillah..InsyaAllah berkekalan, 4 Ninja's 3 princes yang selalu bergaduh pada waktu kecil. Aku princes pertama dalam keluarga, yang selalu jadi mangsa kegarangan dan kemarahan Ninja pertama ( abang first ) tapi di pertahankan oleh ninja kedua ( abang second )..Yang paling ditakuti queen mama!!! Hah sekali mengaum lari lintang pukang , 1 kesalahan buat, sure semua orang kena pukul sekali ( lari satu kampung takut kena pukul),tiada pilih kasih masa kami semua kecik..itulah serba sedikit mak aku, befday mak aku 02.07.1957. ( tahun merdeka ).

Istimewanya didikan Mak

Istimewanya mak aku ini dari segi didikan beliau adalah sangat tegas mendidik kami dengan pelajaran agama Islam dan Matematik dan suka membebel masuk semua hadith2 dan ayat quran dan sangat garang. Bagiku bising je mak ni, kalau membebel 1 jam, 2 jam belum tentu berhenti, penat kitorang kena dengar, kadang2 sampai tertidur-tidur. Mak selalu cerita cita-citanya ingin menjadi ustazah ketika masa muda2 tetapi disebabkan masalah kewangan cita2 terpaksa di simpan dengan mengajar anak-anaknya dengan pendidikan islam. Mengaji quran wajib khatam waktu sekolah rendah lagi, aku berjaya mendahului abang2 ku ketika darjah 2 lagi.Waktu mak mengajar kami mengaji quran, rotan pasti disebelahnya, silap sikit bacaan satu roti panjang tu akan naik ke badan, fuh!! berbekas, kalau tidak rotan, tali pinggang abah yang besar tu,, takut kalau tengok ( kadang-kadang kitorang sorok tali pinggang tu supaya mak x dapat pukul guna tali pinggang, sakit gilerrr ), selipar wudhuk pun pernah kena jugak …tu la kalau mengaji itu kena betul-betul , jangan main-mainkan ayat quran…( lafaz yang tersemat dalam fikiran hingga kini ) , ketika dipukul tu tidak berani nak melawan atau merajuk nanti kena lagi teruk, biarlah badan kena waktu tu je dan yang uniknya mak sempat lagi berdoa waktu pukul tu, “ pergi kamu jauh-jauh, jangan menganggu waktu orang waktu ni“ sebenarnya kata-kata tu menghalau syaitan yang mengacau waktu tengah mengaji dan menyebabkan kitorang malas, gelap hati, lambat ikut, x dengar cakap , lepas kena pukul baru boleh mengaji dengan lancar…dahsyatnya kitorang kena didik untuk mengaji je, kalau belajar matematik pula selalu kena cubit dan makan penampar di bahu sebab kira campur , tolak pun lembap!!

Mak adalah cikgu pertama kami yang mengajar kami kenal ABC, alif ba ta, bukan cikgu di sekolah, sebab kami semua 6 beradik tidak mahu pergi tadika termasuk sekolah PASTI, benci sekolah tadika!!! Kami semua terus masuk darjah 1, yang mana juah lebih pandai daripada kawan-kawan lain yang pergi tadika dulu…haha.. Yang bestnye kalau kitorang buat salah atau terlanggar arahan dan peraturan Mak esp. kalau suruh study , x nak study,,,”pergi ambil quran mengaji sampai khatam” itu arahan terbaru yang diberikan. Dengan arahan baru tu kena buat kalau tidak ada dua choice, nk dengar syarahan atau pukul..Apalagi, masing-masing melompat bangun ambil wudhuk terus capai quran. Masa tu dirumah tiada television so kami adik-beradik pandai dalam semua pelajaran dan kalau ujian pendidikan Islam sentiasa dapat A. Susah nya mak didik kami dengan Agama islam sejak kecil, kadang-kadang mak yang sakit akibat pukul-pukul kami 7 orang supaya celik agama, supaya kami tidak menjadi seperti anak orang lain yang celik mata melawan mak bapak.

Didikan agama yang mak tanamkan dalam diri kami sejak kecil membanggakan mak ketika ini, kerana anak-anaknya berakhlak bagus, pandai membezakan dosa, pahala dan anak-anaknya juga banyak terpilih menjadi wakil disekolah atau kampung untuk mengetuai bacaan tahlil, yasiin, imam, perubatan islam, pertandingan tilawah, hafazan dan macam-macam lagi. Yang paling membanggakan mak , anak lelaki nombor 5 nya( kini form 4, seorang yang pemalu dan pendiam ) mendapat anugerah pelajar berbudi pekerti terbaik sekolah 3 tahun berturut-turut. Itu hasil didikan mak peringkat awal pada kami, apabila melihat sijil dan piala yang kami perolehi semua hasil didikan mak kami yang disayangi.

Dengan ucapan teriam kasih, tidak mencukupi untuk membalas jasa itu ,tetapi apabila ditanya mak inginkan apa daripada kami adalah hanya doa kebaikan kami adik beradik sebagai anak untuknya.. menitis airmata aku hanya itu yang di pinta dengan didikan yang cukup sempurna buat kami semua.. Mak !!!Jasa dan pengorbanan didikanmu sangat berharga..terima kasih mak…

"Aku Dibius Cinta"

JOM !!!!



Kepada pengunjung2 blog minta tolong sebarkan iklan ini melalui blog2 antum dan sampaikan juga kepada jiran-jiran, keluarga, saudara mara, sahabat handai dan kenalan anda!!..

lawati blog saifulislam.com untuk mendapatkan iklannya..

Muslimah harapan Rasulullah

Sering kali kita lihat di artikel-artikel atau wacana yang sering membicarakan tentang wanita harapan bangsa, muslimah acuan al quran dan pelbagai lagi, kali ini saya ingin membawa sedikit tentang "wanita harapan Rasulullah" ( bukan lelaki yang biasa tetapi baginda KEKASIH ALLAH SWT ).. Pasti seorang muslimah atau yang bergelar wanita mengimpikan seorang pemimpin atau suami seperti Rasulullah, tetapi tidak mungkin dapat dan mustahil untuk mencapainya, cukuplah sekadar kita yang bergelar wanita atau muslimah ini menjadi seperti yang diharapkan oleh Rasullullah yang amat kita rindui.



Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak dua orang perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan bisa memasukannya ke dalam surga." .


Untuk menjadi muslimah yang di sayang oleh Rasulullah SAW hendaklah diperhatikan empat hal di bawah :-

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, kerana dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu', solat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang sentiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau karena tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, isterinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Ia selalu mengambil peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat solat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan sholat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'

Semoga dengan empat hal ini kita dapat menjadi aktivis Muslimah yang di cintai Rasulullah SAW. Amin...

MUJAHID MUSLIMAH

Design by Blogger Templates