LUAR BIASA


Pernah tidak kita terfikir untuk menyambut tahun baru besar-besaran yang luar biasa?tetapi bagaimana?

Baru-baru ini falak telah mengeluarkan berita nya, mengatakan gerhana bulan akan berlaku awal tahun 2010, di mana kejadian ini semua hamba allah seluruh dunia dapat menyaksikan kejadian yang penuh dengan hikmah yang tersembunyi.
Berita falak online malaysia....Pada awal pagi 1Jan 2010 ini, Bulan akan mengalami proses gerhana sekali lagi. Kali ini ia merupakan gerhana bulan separa sahaja. Kemuncaknya akan berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia.

Sebanyak 8 peratus daripada Bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana Bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.

Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuhn. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!

Seperti biasa laman web http://shadowandsubstance.com/ telah menyediakan animasi gerhana seperti tertera di sebelah.
....................

Disini bukan tujuan saya untuk memburukkan sesiapa, tetapi hakikat INI LAH MALAYSIA setelah 50 tahun merdeka bebas dari penjajah, tetapi jiwa dan etika hidup rakyat kini ibarat selumbar yang tertusuk dalam daging, tanpa disedari merasa sakit dan akhirnya menjadi nanah yang busuk.

Fenomena malaysia utamanya disekitar ibu Negara, pelbagai peringkat umur merancang program tersendiri untuk menyambut tahun baru mereka, dalam masa yang sama juga tidak terlepas akar tunjang negara Malaysia iaitu kerajaan sendiri menyokong dan membantu segala usaha – usaha masyarakat sekitar ibu negara untuk menyambut tahun baru yang mana rata-rata program yang dianjurkan berbentuk ke arah maksiat. Antara yang menyedihkan adalah

Beberapa jalan di KL ditutup untuk sambutan tahun baru...perlu ke tutup semata-mata sambut tahun baru dengan menunggu detik 12 malam bunga api dibakar dan hambur ke langit. itu sahaja sehingga jalan kena tutup,tidak kah menjejaskan perniagaan di sekitar kawasan berkenaan walaupun ia bermula waktu malam?

KUALA LUMPUR : Beberapa jalan raya di sekitar bandaraya akan ditutup pada 31 Disember ini bersempena sambutan ambang tahun baru 2010 yang akan diadakan di beberapa lokasi termasuk di Dataran Merdeka dan Bukit Bintang. Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor dalam satu kenyataan semalam berkata jalan-jalan yang akan ditutup ialah bermula dari lampu isyarat Jalan Hishamudin/Jalan Raja, hingga lampu isyarat Jalan Raja/Jalan Tuanku Abdul Rahman mulai jam 7 malam (31 Disember) sehingga acara sambutan selesai untuk sambutan di Dataran Merdeka. “Bagi sambutan di Bukit Bintang jalan yang ditutup bermula dari lampu isyarat Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail menghala ke lampu isyarat Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang mulai jam 1 pagi (31 Disember) hingga jam 6 pagi (1 Januari 2010),” katanya. Rusli berkata, laluan di sekitar Kuala Lumpur juga dijangka akan ditutup secara berperingkat-peringkat. - Bernama

Khidmat LRT dilanjut hingga 3 pagi..kenapa tidak hingga pukul 6 pagi sahaja ? boleh memudahkan rakyat pergi solat subuh atau berqiamullail di masjid jamek..hmm

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan tahun baru 2010 yang akan disambut pada Khamis malam, operasi dan perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT), KL Monorel serta bas RapidKL di beberapa stesen terpilih akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi hingga jam 3 pagi. Menurut kenyataan Syarikat Prasarana Negara Bhd, laluan LRT Kelana Jaya bagi stesen Kelana Jaya, Bangsar, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kg Baru, KLCC dan Ampang Park akan dilanjut sehingga jam 2 pagi manakala stesen lain akan tamat pada jam 12.45 tengah malam. “Bagi LRT laluan Ampang stesen yang akan dibuka sehingga jam 2 pagi ialah Hang Tuah, Masjid Jamek dan Bandaraya manakala di stesen lain akan tamat pada jam 12.45 malam, manakala perkhidmatan KL Monorel di semua stesen, perkhidmatan ditamatkan pada jam 3 pagi,” kata kenyataan itu. Sementara itu, operasi bas RapidKL terakhir sekitar jam 12 tengah malam, 12.45 tengah malam serta 2 pagi.

Pada hemah anda adakah ia patut dan releven?
Anda pikir la sendiri, suara rakyat didahulukan


Mengikut kajian kes yang telah dilakukan sesetengah pihak mendapati terdapat pelbagai bencana berlaku sepanjang 2009, antaranya adalah gempa bumi, ombak besar, stadium runtuh, kemalangan jalan raya tragis, pembunuhan kejam serta peningkatan statistik pembuangan bayi, penagih dadah, semua nya dikalangan orang melayu yang mana majoritinya adalah berbangsa islam.. Adakah moral ini akan diteruskan lagi untuk menyambut 2010?? sekiranya awalnya disambut dengan program atau majlis yang melekakan serta melaghokan, kesannya bukan kerosakan akhlak sahaja malah lebih daripada itu...

Dimana pemimpin negara kita yang berjiwa islam? MALAYSIA negara Islam, adakah itu hanya sekadar laungan bukan tindakan untuk membawa roh islam itu kedalam jiwa rakyat, saya sangat bersetuju jika pemimpin tertinggi negara mengubah slogan 1malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan yang banyak memfokuskan kepada rakyat tetapi apa yang diberikan kepada rakyat? Hanya slogan sahaja ke atau maksudnya sahaja atau bla..bla..bla? tukar kepada allah didahulukan, iman dan taqwa diutamakan..Sejarah nabi membina negara islam di Madinah bukan kah begitu? walaupun pelbagai kaum.
Ini saranan saya kepada seluruh rakyat dunia bangunlah dari tidur yang panjang mencari hikmah kejadian alam sekeliling untuk kita dan seluruh ummat bumi sejagat..saya tinggalkan anda dengan hadis dibawah yang terang lagi jelas maksud saranan yang harus dilakukan oleh pemimpin negara kita

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)
wallahua'lam

Design by Blogger Templates