Persediaan Di Hari Kematian"
“Persediaan di hari kematian”
Alhamdulillah.syukur, akhirnya dapat jugak buat blog setelah diberi sokongan oleh teman-teman..syukran buat yang memberi sokongan untuk bersama-sama berjuang dalam berblog…
Penulisan pertama yang nak dikongsi bersama berjudul “ Persediaan Di Hari Kematian “ oleh Ustaz Abdul Aziz. Buku yang dihadiahkan oleh teman sebilik sempena hari jadi yang ke 20 ( Mungkin dah tiba masanya mesti memikirkan tentang kematian sempena melangkah kaki kealam 20-an). Terima kasih buat teman sebilik ku…Hadiah bermakna dan sangat mengembirakan hati kerana hobi ku yang suka membaca apatah lagi buku sedemikian.. hmm..Nanti bg lah lagi..
Itu penghargaan buat teman sebilik …tetapi sebaliknya apa yang ingin ku kupas serba sedikit adalah isi di dalam buku tersebut yang sangat-sangat menyentuh hati, yang mengingat diri sentiasa terasa hampir ajal bakal tiba, padahal bekalan yang dikumpul belum tentu cukup buat penginapan alam ke 3 dan ke 4 tu ( alam barzakh dan alam akhirat ).
Apa mati tu?? .. Mati adalah terputusnya hubungan roh dengan jasad lahir batin, perpisahan antara keduanya, pergantian dari satu keadaan kepada keadaan lain, Mati adalah berbeza dengan tidur kerana tidur berupa terputusnya roh sementara dengan hubungan-hubungan lahiriah
Allah Berfirman bermaksud :
“ Allah memegang jiwa ( orang ) ketika matinya dan memegang jiwa ( orang ) yang belum mati di waktu tidurnya, maka dia tahanlah jiwa yang yang telah dia tetapkan kematiannya itu dan dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.
Semua orang takut nak mati, tp bagi orang yang merindui untuk bertemu Allah penciptanya, sentiasa menanti-nantikan detik kematian ibarat, sepasang kekasih yang sedang bercinta tidak sabar –sabar untuk pergi bertemu pasangannya setelah sekian lama tidak bertemu.
Setelah kita tahu definisi MATI tu, ape persediaan yang nak kita lakukan ? Contohnya macam nilah, kita tahu next week nak final exam atau test ka, interview ka, ape persediaan yang perlu kita buat sebelum pergi tu. Ha, Macam tu jugaklah bila kita tau mati tu akan terjadi ( Cuma x tau bila ) ape persediaan yang kita lakukan untuk menghadapi mati tu.
Dalam buku ni menyenaraikan persediaan di akhir kematian, masyaAllah seolah-olah aku memang nak mati dah ( tp memang itu kepastian yang akan berlaku wahai saudaraku sekalian )
Allah berfirman bermaksud :
“ Tiap-tiap jiwa merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga, maka sesungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
Sebahagian ulama berkata : Barang siapa yang banyak mengingati mati, maka ia akan mengutamakan 3 perkara iaitu :
1. SEGERA BERTAUBAT
2. BERHATI TENANG
3. RAJIN BERIBADAH
Tetapi barang siapa yang melupakan mati, ia akan menderita 3 perkara :
1. MENUNDA-NUNDA TAUBAT
2. TIDAK RELA HIDUP SENANG
3. MALAS BERIBADAH
Yang mana satukah persediaan kita untuk menghadapi mati? Mudah je saudara sekalian, Ingat mati atau lupakan mati ??? ( masing – masing boleh tanya pada diri sendiri adakah mati itu pernah terlintas di fikiran atau tidak pernah langsung)
Wahai saudara-saudara ku ..
Kita hendaklah berusaha memperbaiki diri dan beramal untuk menghadapi masa sesudah mati. Anatara perbuatan yang dapat menolong seseorang untuk mengingati mati dan beramal untuk menyambut masa sesudahnya itu ialah ziarah kubur, memandikan mayat dan menyembahyangkan jenazah
Dari Abu Zar ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda
Berziarahlah ke kubur, kerana ia dapat menolong seseorang untuk mengingatkanmu kepada akhirat. Mandikanlah orang mati, kerana mengurus jasad orang mati merupakan nasihat yang mendalam. Dan sembahyangkanlah jenazah kerana mudah-mudahan dapat meruntuhkan hatimu ( menyedihkan ) kerana orang yang bersedih dibawah naungan Allah, bererti menghadapi segala kebajikan
Wallahua’llam
Nur Shifa’najwa
0 comments:
Post a Comment