ummi, ummi, ummi

Ibuku yang tiada pengganti

Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi… Ibu ku semakin sembuh,,,tiada ucapan lain dapat dilafazkan selain syukur, sesungguhnya segala kesembuhan adalah daripada Allah Swt..ALHAMDULILLAH..

Setelah hampir 3 tahun ibuku diuji dengan kesakitan, bersamaan dengan hidup ku menuntut ilmu di upmkb ini, pelbagai rintangan yang perlu ku hadapi , termasuk kemungkinan kehilangan ibu yang Allah boleh ambil semula pada bila-bila masa, dimana sebelum sempat aku berjasa menjaga mereka dan membalas segala budi ibu yang melahirkan aku ke dunia dan mendidik diri ini serta adik-adik menjadi insan yang soleh dan solehah.

Saya dengan rasa rendah hati mewakili keluarga di semenanjung mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat, pensyarah-pensyarah di sini yang turut mendoakan dalam terang atau sembunyi untuk kesembuhan ibu saya. Segala jasa baik semua hanya ALLAH yang dapat membalasnya.

Kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang membantu dari pelbagai segi termasuk ketika aku pulang secara emergency, membantu buat assignment, memberi sumbangan kewangan tiket flight dan perbelanjaan, yang berusaha berkorban menghantar bekalan ubat untuk membantu dari jauh, serta yang menghantar ke airport dalam keadaan tergesa-gesa dan cemas dan juga memberi sokongan moral supaya banyak bersabar, semua budi baik kalian, ku doakan moga Allah sahaja yang membalas kebaikannya..


Wallahua’lam
Mujahid muslimah upmkb

0 comments:

Design by Blogger Templates